Saturday, 8 September 2012

AdaB DaLaM PerGauLaN..

Assalamualaikum.. =)
Alhamdulillah,bertemu jugak kita dalam post yang seterusnya..~
Harini kita nak bercerita tentang adab dalam pergaulan..~
ok...,jom!!  =D

bila bercakap pasal adab pergaulan nie,kita perlu jage semuanye.. jika bergurau jangan berlebihan. jika bercakap jangan berkasar dan juga cara kita bergaul.. ok,mari kita contohi rasulullah.. Rasulullah adalah seorang yang paling baik contoh yang wajib kita sebagai umat islam mencontohinya. rasulullah kalau bertemu dengan mana-mana orang pun beliau akan memberi salam (assalamualaikum),bersalaman dan berpelukan. (buat yang muhrim sahaja) serta kata-kata beliau sentiasa menyenangkan hati.. lihat,betapa eratnya ukhuwah yang nabi jalinkan.. zaman sekarang,cube lihat berapa ramai orang yang mampu mendahulukan salam (assalamualaikum) kepada orang-orang muslim sama ada yang dikenali mahupun tidak. zaman sekarang nie,kebanyakan nye menegur dan memberi salam hanya kepada yang dikenali.. * kalau anda begitu,cube laa ubah! ^__^ *

janganlah kita ajarkan begitu kepada generasi yang akan datang.. jangan semaikan perkara yang sebegitu rupa malah sebaliknye,kite sepatutnya beri salam kepada yang muslim dan muhrim sahaja (lelaki dengan lelaki / perempuan dengan perempuan) sama ada kenal ataupun tidak. malu?.. ouh,jangan laa macam tu. kalau kita malu nie ade tempatnya. jika malu tak bertempat apa maknanya,kan.. tujuan sebenar memberi salam sesama muslim nie adalah untuk merapatkan ukhuwah yang sedia terbina sebagai saudara sesama muslim. ok,selesai bab apabila bertemu sesama saudara muslim..

meskipun kita dah kenal lama,kita harus menjaga perasaan masing-masing.. jangan laa sebab dah kenal lama, selamba itik je kita nak bergurau dan berkata-kata tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.masa mula-mula kenal bukan main baik budi pekerti nya,bila dah lama kenal macam-macam perangai yang tak elok kita keluarkan. bak kata orang sekarang 'tunjuk belang' pulak dah.. tak elok laa macam tu.. sebagai umat islam,kita wajib menjaga imej orang-orang muslim. seperti kata pepatah 'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'. bayangkan kalau kita tak jaga imej sebagai orang islam,orang kafir akan kata "ea,dia islam.. tp,adab dan perangainya teruk.." haa.. kan dah buruk nama orang-orang muslim yang lain.. nampak tak puncanya?..

so.. kalau kita jaga adab-adab dalam pergaulan nie banyak sangat faedah yang kita peroleh antaranya :-

  • dihormati orang lain
  • dikasihi Allah
  • mendapat pahala kerana menjaga adab-adab dan memberikan pandangan yang baik pada agama islam
keburukan kalau kita tak jaga adab-adab pergaulan :-
  • dipinggirkan dan dihina oleh orang lain
  • mendapat dosa kerana tidak menjaga perasaan orang lain dan ukhuwah (ikatan persaudaraan)
  • hidup tidak tenang
kesimpulannya ialah,menjaga adab-adab pergaulan amatlah penting sekali.. dan,insyaallah kite akan dapat pelbagai lagi kebaikan yang bakal dianugerahi oleh Allah. insyaallah,kita akan sambung lagi dalam adab pergaulan (2). =)


No comments:

Post a Comment

My l!fe 4 sh@re w!f u @lls !!

alhamdulillah.. mari kongsi ilmu..! =)