Saturday, 1 December 2012

~..Assalamualaikum..~

           First sekali,saya nak minta maaf kat semua yg visit blog saya nie.. dah lama saya tak update..!~ sebenarnye,ade sebab saya dah lama tak update.. ini disebabkan ayah saya telah pun meninggal pada tarikh 30.10.2012 aritu.. sedar tak sedar dah genap sebulan dah... tapi,apapun kasih sayang saya kepada abah tak bermakna dan tak akan pernah sama dengan kasih sayang Allah s.w.t terhadap hamba-Nya.~ :) saya yakin,dah tiba masanya untuk saya hidup berdikari tanpa abah disisi..~ Allah tak akan memberi ujian dan dugaan itu sebarangan tanpa melihat keupayaan hamba-hambaNya..~ Allah itu kan maha adil.. kita hanya mampu merancang sebuah kehidupan dengan akal fikiran yang waras.. tp,Allah merancang kehidupan kita dengan rahmat dan kasih sayang-Nya yang tak pernah berbelah bahagi.. Alhamdulillah.. dengan ujian nie, Insyaallah, saya akan bertambah kuat.. 

           Alasan saya yang kedua ialah saya masih lagi menuntut ilmu di sebuah sekolah menengah *opps..~ name di'private'kan atas sebab keperibadian masing-masing..~*  percaya atau tak, umur saya yang sebenar ialah 13 tahun pada tahun ini dan Insyaallah pada tahun hadapan jika panjang umurnye, saya akan meningkat umur kepada 14 tahun..~ dan seperti biasa, bile dah masuk awal muharram nie, saya akn bahagikan mase untuk pelajaran dan sosial..~ :) jadi, faham-faham sajalah apabila student nak bahagikan masa..~ tapi,jika ade masa saya akan postkan ape-ape yg bermanfaat disini.. jangan risau,ok? saya rase dah tibe masenye untuk saya beradu.. *cheh!~ hehe :)* 

~..Assalamualaikum..~

Friday, 28 September 2012

TuTUp AuRaT ItU WAJIB..~



Assalamualaikum..~
^_^''  dah lame tak bukak blog..~ ok,arinie tibe2 terasa nak post pasal tutup aurat..~ jom,kite mulakan..!~ 

tutup aurat itu wajib bagi setiap kaum muslimin..~ tidak kira lelaki dan perempuan.. jika aurat seseorg lelaki itu adalah dari atas pusat hingga di bawah lutut. kalau perempuan,seluruh tubuhnya adalah aurat yang WAJIB ditutup KECUALI bahagian tapak tangan dan muka SAHAJA. kalau auratnya dgn yang muhrim,auratnye dari atas pusat sehingga di bwah lutut. TAPI, kalau AURAT DGN YANG BUKAN MUSLIM, adalah seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dgn muka SAHAJA. hal ini kerana,untuk mengelakkan timbulnye fitnah di kalangan mereka.

"Awak..,saya dah tahu lame dah pasal bab mane yang kene tutup dgn yang tak.. tak payahlaa bgtaw lg.." =) haha..~ sememangnye semua org dah tahu hal nie tp,mereka sengaja buat2 tidak tahu.. anda faham maksud saya? dan,satu lg. tidak semestinya,perkara yang kita sudah tahu itu tak payah kita ulangi lagi kerana manusia ini sifatnye mmg pelupa. bohong..!! kalau die kate die tak pernah lupa walau satu pun perkara yang berlaku di sepanjang hidupnya. jadi,hendaklah kita saling mengingati..~ ok,sambung balik.. yang bab perempuan dgn yang muhrim itu. mmg,auratnye perempuan dgn yang muhrim hanye dr atas pusat hingga bawah lutut.. tp,tutup lah jugak.. Allah suruh kita brpakaian sopan di hadapan sesama manusia kerana Islam itu sopan. =) ini kerana,syaitan itu tak pernah berhenti berbisikkan kejahatan kepada keturunan nabi Adam..~ =)

ade orang kata, "pkai tudung tu,dah tutup aurat dah.. lengan tu ringan jea..~ orang tak ambik kesah sgt.." yeke?! tidak..!! bukan..!! bukan..!! lengan itu pun anggota aurat yg wajib ditutup..! kalau dia kate macam tu bermakna dia berani mencabar api neraka menjilat lengannya. =( satu lg anggota yang zaman sekarang nie,orang tak berapa tahu dan tak berapa endahkan. nak tahu?!..~ anggota itu ialah kaki kita..! ye.. ketahuilah wahai wanita solehah sekalian,kaki itu pun aurat yang wajib ditutup.. di hadapan yang bukan muhrim,kita wajib tutup.. bagaimana? tentulah dgn memakai stokin. stokin pula,biarlah yang tebal2..! jgn beli jenis yang nipis. akan tetapi, Islam nie memudahkan. 

hukum ini boleh diringankan jika.. : contohnya:- ipar duai duduk di dalam sebuah rumah yang sama dgn kita.. nak pegi dapur,ipar ade. nak tgok tv,ipar ade. nak pegi tandas pun,ipar kita boleh nmpak kaki kita.~ mcm mane?.. haa..~mcm nie,ia hanya diringankan.. hendaklah kamu melabuhkan kain pakaian kamu itu sehingga menutupi kaki..~ tp,lebih senang rasenye jika memakai stokin. kan?.. =) pilihan terletak di tangan kita.. isu tutup aurat dgn sempurna ini akan saya sambung dgn post yang akan datang.. insyaallah akan lebih,padat..~! =)

Wallahualam,
Assalamualaikum..

Saturday, 8 September 2012

AdaB DaLaM PerGauLaN..

Assalamualaikum.. =)
Alhamdulillah,bertemu jugak kita dalam post yang seterusnya..~
Harini kita nak bercerita tentang adab dalam pergaulan..~
ok...,jom!!  =D

bila bercakap pasal adab pergaulan nie,kita perlu jage semuanye.. jika bergurau jangan berlebihan. jika bercakap jangan berkasar dan juga cara kita bergaul.. ok,mari kita contohi rasulullah.. Rasulullah adalah seorang yang paling baik contoh yang wajib kita sebagai umat islam mencontohinya. rasulullah kalau bertemu dengan mana-mana orang pun beliau akan memberi salam (assalamualaikum),bersalaman dan berpelukan. (buat yang muhrim sahaja) serta kata-kata beliau sentiasa menyenangkan hati.. lihat,betapa eratnya ukhuwah yang nabi jalinkan.. zaman sekarang,cube lihat berapa ramai orang yang mampu mendahulukan salam (assalamualaikum) kepada orang-orang muslim sama ada yang dikenali mahupun tidak. zaman sekarang nie,kebanyakan nye menegur dan memberi salam hanya kepada yang dikenali.. * kalau anda begitu,cube laa ubah! ^__^ *

janganlah kita ajarkan begitu kepada generasi yang akan datang.. jangan semaikan perkara yang sebegitu rupa malah sebaliknye,kite sepatutnya beri salam kepada yang muslim dan muhrim sahaja (lelaki dengan lelaki / perempuan dengan perempuan) sama ada kenal ataupun tidak. malu?.. ouh,jangan laa macam tu. kalau kita malu nie ade tempatnya. jika malu tak bertempat apa maknanya,kan.. tujuan sebenar memberi salam sesama muslim nie adalah untuk merapatkan ukhuwah yang sedia terbina sebagai saudara sesama muslim. ok,selesai bab apabila bertemu sesama saudara muslim..

meskipun kita dah kenal lama,kita harus menjaga perasaan masing-masing.. jangan laa sebab dah kenal lama, selamba itik je kita nak bergurau dan berkata-kata tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.masa mula-mula kenal bukan main baik budi pekerti nya,bila dah lama kenal macam-macam perangai yang tak elok kita keluarkan. bak kata orang sekarang 'tunjuk belang' pulak dah.. tak elok laa macam tu.. sebagai umat islam,kita wajib menjaga imej orang-orang muslim. seperti kata pepatah 'kerana nila setitik,rosak susu sebelanga'. bayangkan kalau kita tak jaga imej sebagai orang islam,orang kafir akan kata "ea,dia islam.. tp,adab dan perangainya teruk.." haa.. kan dah buruk nama orang-orang muslim yang lain.. nampak tak puncanya?..

so.. kalau kita jaga adab-adab dalam pergaulan nie banyak sangat faedah yang kita peroleh antaranya :-

  • dihormati orang lain
  • dikasihi Allah
  • mendapat pahala kerana menjaga adab-adab dan memberikan pandangan yang baik pada agama islam
keburukan kalau kita tak jaga adab-adab pergaulan :-
  • dipinggirkan dan dihina oleh orang lain
  • mendapat dosa kerana tidak menjaga perasaan orang lain dan ukhuwah (ikatan persaudaraan)
  • hidup tidak tenang
kesimpulannya ialah,menjaga adab-adab pergaulan amatlah penting sekali.. dan,insyaallah kite akan dapat pelbagai lagi kebaikan yang bakal dianugerahi oleh Allah. insyaallah,kita akan sambung lagi dalam adab pergaulan (2). =)


Friday, 7 September 2012

AdaB DaLaM PerCaKapaN.. (2)

Assalamualaikum.. =)

hari nie saya nak sambung sikit jea lagi psal adab dalam percakapan,yea..
ok.. selain daripada kita tak boleh bercakap dengan kasar,meninggikan suara dan sebagainya kepada orang lain.. kita pun tak boleh berkata dengan lucah. remaja zaman sekarang,macam-macam yang die tahu pasal bende lucah.. bak kata 'omputih' (orang putih/english language) complete..!! haa,tu yang bahayanya. perempuan dan lelaki,sama jea otak lucah masing-masing. jadi,mari kita ubah sama-sama,Insyaallah..~ 

ketahui lah saudara sekalian bahawa sebenarnya bercakap 'lucah' nie memang tidak ada faedah bahkan hukumnya adalah haram.! kita sebagai umat Islam memang dah tahu kalau perkara-perkara haram nie kita buat, Allah memang benci dan murka terhadap kita semua. kan..~ dah tahu.. tapi,kenapa masih tak ubah? jawapan biasa didengari "alah,masih muda.. / seronok lah walaupun hukumnya haram.. lagi-lagi kalau ada kawan yang sekepala. memang susah nak ubah!" amboi,selamba punya jawapan nampak! sanggup kah korang nak berhibur dengan benda-benda haram tu tapi hidup tidak diberkati?! kalau hidup tak diberkati memang takkan mencapai kejayaan dan takkan bahagia.. betul..!  yang tak redha nie bukannya manusia.. tapi.. Allah Yang Maha Berkuasa.. tak takut,kah? sekali Allah tak redha.. dan kite pulak taknak bertaubat memang mencari pasal!..

haa.. kalau dah rasa memang takut sangat dengan kekuasaan Allah nie.. bertaubat cepat lah.. tapi kalau rase susah tu,sikit demi sikit lama-lama kite akan terbiasa.. kite dah biasa cakap dengan beradab dan berfikiran positif! percayalah..~

ada satu hadis yang saya nak kongsikan dengan korang..

Rasulullah bersabda: "Sehari kita bersiap sedia di jalan Allah adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan apa yang ada di atasnya." (hadis riwayat bukhari)

Selamat Berubah..!  =)


Wednesday, 5 September 2012

AdaB DaLaM PerCaKaPaN..

Assalamualaikum,
dear followers and yang bertandang ke sini.. =D

Kita sebagai umat Islam wajib menjaga adab-adab.. kalau nak bercakap pasal adab nie terlampau laa banyak..! so,saya akan episod-episodkan tentang adab-adab nie.. *cheh! dah macam program tv pulak berepisod bagai..~ *   back to the topic..!

Adab percakapan kita kepada semua orang..~
apa yang saya dapat perhatikan ialah.. masa saya mula-mula masuk sekolah dulu.. saya dipertemukan dengan seorang kakak senior,form 4.. sungguh..! kakak itu baik.. dia menunjuk ajar saya dimana harus berkumpul sewaktu perhimpunan dan sebagai nya. dengan permulaan yang baik itu, saya berharap agar semua senior dapat memberikan contoh yang baik kepada para junior. biasalah,first time masuk sekolah menengah,kan?.. =) and,terkejut jugak laa bila terdengar sesetengah mulut senior-senior nie bercakap. ade yang baik dan ade yang tak baik. Masyaallah..! terkejut.. macam-macam perkataan yang tak elok disebut.
ok,dari situ,saya belajar yang bukan semua kite boleh guna pakai.. yang tak baik kita jadikan sempadan, dan yang baik kita jadikan teladan!

kita wajib menjaga adab percakapan. bahaya kalau kite tak jaga.. mungkin kita boleh kata "alaa.. kawan aku tu dah biasa.. die tak kan terasa punya..". kite tak tahu isi hati orang lain. mungkin kite cakap, "ek eleh,ko nie! lembab betul laa.. cepat laa sikit!" kite tengok kawan kite tersenyum tapi,kite tak tahu dalam hati die kate "sakitnya hati.. Astaghfirullah". macam mane pun, hati manusia nie halus.. tak kiralah lelaki / perempuan. walau macam mana banyak pun kita beribadah,tapi kalau tak jage percakapan.. memang sama jea. dosa akan bertimbun sebab menyakitkan hati saudara sesama muslim kita. perkara menyakitkan hati orang lain amat laa dilarang. dan,ingat.. malaikat dikiri dan kanan tidak pernah terlepas mencatit walau satu pun dosa/pahala kita. dan, Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui..

Wallahualam.. =)

HuKuM BerHibuR..~

Assalamualaikum,
followers dan korang yang sudi singgah di blog nie..

Ok.. untuk post yang pertama..  saya,nak sentuh pasal hukum bermain alat muzik dan memperdengarkan muzik.. mesti semua tertanya-tanya kenapa saya nak sentuh pasal hal muzik. haa.. nie sebab saya dan 3 orang sahabat bercadang (baru bercadang ye) untuk membuat sebuah band musician islamik.. kami baru bercadang disebabkan usia yang masih muda iaitu 13 tahun. dan dalam band kami ini.. ade yg bermain bass,gitar,drum.. 

*berbalik kepada tajuk asal*
ok laa.. banyak sangat pandangan berkenaan hukum bermain/berhibur dengan alat muzik nie disebabkan ramai ulama' yg memberikan pelbagai pandangan. akan tetapi,ini semua bergantung kepada cara kita menyampaikan muzik tersebut dan tempatnya. contohnya,kita mengadakan sebuah konsert yang melalaikan umat islam dan mencampurkan yang bukan muhrim. dari situ,kita sudah tahu kan salahnya. dan itu adelah kategori yang haram. tetapi,jika lirik kita itu dapat menambahkan peringatan untuk manusia kepada Allah Insyaallah,kita akan dapat pahala.. dan menganjurkan sebuah program yang bermanfaat serta menjaga batas-batas yang ditetapkan oleh agama.

jgn lupa bahawa... Islam itu mudah jika kita fahami keseluruhannya.. Islam tidak melarang sama sekali umatnya berhibur asalkan kita tidak lalai dan menjaga batas-batas yang telah ditetapkan.  bahkan hiburan itu adalah harus. mustahil,seseorang itu boleh hidup tanpa hiburan. cuma yang paling penting..! INGAT!! batasan agama..~  itu lebih utama.. =)

Wallahualam..  =)

My l!fe 4 sh@re w!f u @lls !!

alhamdulillah.. mari kongsi ilmu..! =)