Friday, 7 September 2012

AdaB DaLaM PerCaKapaN.. (2)

Assalamualaikum.. =)

hari nie saya nak sambung sikit jea lagi psal adab dalam percakapan,yea..
ok.. selain daripada kita tak boleh bercakap dengan kasar,meninggikan suara dan sebagainya kepada orang lain.. kita pun tak boleh berkata dengan lucah. remaja zaman sekarang,macam-macam yang die tahu pasal bende lucah.. bak kata 'omputih' (orang putih/english language) complete..!! haa,tu yang bahayanya. perempuan dan lelaki,sama jea otak lucah masing-masing. jadi,mari kita ubah sama-sama,Insyaallah..~ 

ketahui lah saudara sekalian bahawa sebenarnya bercakap 'lucah' nie memang tidak ada faedah bahkan hukumnya adalah haram.! kita sebagai umat Islam memang dah tahu kalau perkara-perkara haram nie kita buat, Allah memang benci dan murka terhadap kita semua. kan..~ dah tahu.. tapi,kenapa masih tak ubah? jawapan biasa didengari "alah,masih muda.. / seronok lah walaupun hukumnya haram.. lagi-lagi kalau ada kawan yang sekepala. memang susah nak ubah!" amboi,selamba punya jawapan nampak! sanggup kah korang nak berhibur dengan benda-benda haram tu tapi hidup tidak diberkati?! kalau hidup tak diberkati memang takkan mencapai kejayaan dan takkan bahagia.. betul..!  yang tak redha nie bukannya manusia.. tapi.. Allah Yang Maha Berkuasa.. tak takut,kah? sekali Allah tak redha.. dan kite pulak taknak bertaubat memang mencari pasal!..

haa.. kalau dah rasa memang takut sangat dengan kekuasaan Allah nie.. bertaubat cepat lah.. tapi kalau rase susah tu,sikit demi sikit lama-lama kite akan terbiasa.. kite dah biasa cakap dengan beradab dan berfikiran positif! percayalah..~

ada satu hadis yang saya nak kongsikan dengan korang..

Rasulullah bersabda: "Sehari kita bersiap sedia di jalan Allah adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan apa yang ada di atasnya." (hadis riwayat bukhari)

Selamat Berubah..!  =)


No comments:

Post a Comment

My l!fe 4 sh@re w!f u @lls !!

alhamdulillah.. mari kongsi ilmu..! =)